AKADEMIK
PENDEKATAN
Sekolah Sri•Pintar memajukan pendidikan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik, agama dan teknologi maklumat serta mempunyai jati diri yang mantap dan berketerampilan.
Sesi persekolahan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 4.00 petang.
Jumlah purata 25 pelajar setiap kelas mempastikan nisbah guru dan pelajar yang kecil untuk membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar-pelajar Sekolah Sri•Pintar dididik dengan tarbiah Islamiah dan akhlak mulia yang memacu jati diri, kepimpinan dan keterampilan seorang muslim.
Pelajar-pelajar Sekolah Sri•Pintar memulakan pembelajaran dengan kurikulum al-Quran dan Hafazan. Mereka melazimi al-Quran setiap hari kerana ia menjadi tunjang dan panduan kehidupan seorang muslim.
Program ko-kurikulum Sri•Pintar menjana minda dan menyerlahkan kepimpinan pelajar. Mereka didedahkan dengan semangat kesukanan yang tinggi, kesungguhan dalam bidang yang diceburi dan kesetiakawanan membimbing rakan sebaya.
Merangkumi kurikulum bersepadu:
-
Al-Quran dan Hafazan
-
KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
-
Diniyyah
-
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
-
Aktiviti Ko-Kurikulum
Menyediakan Perperiksaan Sekolah
-
UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA)
-
UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah)
-
PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama)
SUKATAN PELAJARAN
Sistem pembelajaran dwialiran bersepadu yang disediakan adalah mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah)
-
Bahasa Melayu
-
Bahasa Inggeris
-
Matematik
-
Sains
-
Kajian Tempatan
-
Kemahiran Hidup
-
Agama Islam
-
Pendidikan Jasmani
-
Pendidikan Seni
JAIS (Kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor)
-
Tauhid
-
Feqah
-
Akhlak
-
Tilawah
-
Bahasa Arab
-
Tajwid
-
Sirah
-
Hafazan
-
Jawi & Imlak
-
Khat
Selain daripada itu, Sekolah Sri•Pintar juga menjalankan beberapa aktiviti tahunan seperti:
-
Hari Sukan
-
Ihtifal (Hari Kecemerlangan)
-
Khatam Iqra'
Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru dan calon-calon PSRA diatas kecemerlangan dalam PSRA 2014
100% LULUS
10 orang MUMTAZ
11 orang JAYYID JIDDAN

